Tafsir Mimpi Tentang Kucing

Secara umum, bermimpi tentang kucing pertanda kebaikan. Berikut adalah tafsir dan makna mimpi yang berhubungan dengan kucing:

 
 

Bermimpi sedang bermain-main dengan anak kucing, bermakna bahwa si pemimpi tidak perlu bimbang tentang kehidupannya dalam aspek kewangan. Dalam tempoh terdekat dia akan memperolehi kesenangan hasil daripada kerja yang diusahakannya.

Bermimpi ada kucing datang dan tinggal di rumah Anda, kemungkinan membawa petanda bahawa dalam masa terdekat ada orang yang akan datang dan berhasrat mahu menumpang duduk di rumah anda.

Jika mimpi makan daging kucing, kemungkinan Anda akan memperoleh harta. Ada pun satu pendapat lain menyatakan mimpi yang demikian, terutamanya jika dialami oleh si pemimpi yang mempunyai isteri yang sedang hamil, kemungkinan memberi petanda akan melahirkan anak lelaki yang segak rupa parasnya.

Jika bermimpi melihat kucing yang sedang tidur, maknanya akan merasai ketenteraman dalam kehidupan berumah tangga.

Sedangkan jika Anda bermimpi dicakar kucing, ini pertanda Anda sedang diganggu atau akan diganggu oleh seseorang yang dikatakan tahap inteleknya ‘kurang cerdik’ jika dibandingkan dengan si pemimpi.